Program Tanam Bakau Sempena Sambutan Hari Bakau Sedunia 2024 telah berjaya dilaksanakan pada 27 Julai 2024 (Sabtu) di Pantai Malindo, Kuala Sungai Burung.
Program ini mendapat penyertaan seramai 189 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Acara ini dianjurkan bersama oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan Sekretariat Kampus Sejahtera Universiti Sains Malaysia.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau sebagai benteng semulajadi yang melindungi kawasan pantai daripada hakisan dan banjir.
Sepanjang hari, peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti menanam pokok bakau, yang bukan sahaja membantu memulihara ekosistem pantai tetapi juga memberikan pengalaman praktikal tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.
Usaha ini memperlihatkan kerjasama yang erat antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan organisasi masyarakat dalam menjaga dan melindungi alam sekitar kita. Diharapkan melalui program seperti ini, lebih ramai individu akan sedar dan terlibat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar untuk memastikan kelestarian ekosistem untuk generasi akan datang.
#KampusSejahtera
#syukurselalu
#sayasayangKampusSejahtera
#sayasayangusm