Dalam program Sejahtera Trip adalah bertujuan untuk mempekenalkan kawasan perlancongan lestari di Penang kepada mahasiswa yang baru seperti memperkenalkan warisan sejarah negeri di samping melaksanakan interaksi antara ahli Kampus Sejahtera.
Program ini telah membawa seramai 80 ahli Kampus Sejahtera melawat kawasan bersejarah dan kawasan yang menjadi tumpuan dari segi perlancongan pada masa yang sama melihat bagaimana sejarah di kekalkan dan amalan budaya yang menjadi peninggalan terus di amalkan.
Impak dalam program ini adalah mengeratkan hubungan sesama ahli kampus sejahtera. Selain itu, secara tidak langsung, ia dapat memupuk semangat sepasukan untuk bekerjsama dalam menganjurkan program-program kampus sejahtera. Disamping itu, para peserta mula mengenal nilai sebuah sejarah dan warisan yang di kekalkan.