Projek Kelestarian Indah Kembara adalah merupakan program kerjasama Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara Dan Sukarelawan Kampus Sejahtera dalam melestarikan desasiswa. MPD Indah Kembara telah melaksanakan beberapa projek kelestarian desasiswa dalam proses mengwujudkan desasiswa yang lestari.
Kaedah pelaksanaan projek adalah secara berterusan iaitu projek IK hour yang merupakan aktiviti yang dilaksanakan pada setiap malam jumaat dimana semua penghuni perlu memadamkan lampu selama satu jam. Selain itu, MPD Indah Kembara turut melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat dan sebagainya.
Impak program yang beterusan ini akan memberikan kesedaran kepada penghuni desasiswa indah kembara tentang kepentingan kelestarian yang meliputi gaya hidup sihat , perjimatan tenaga dan sebagainya.