Projek Center Point (PCP) dilaksanakan untuk melestarikan amalan pengurusan sampah dalam kampus. Hal ini kerana USM mempunyai tempat pengumpulan sampah. Oleh itu, projek ini bertujuan untuk mengurangkan tempat pengumpulan sampah dalam kampus disamping mengindahkan pemandangan kampus. Tambahan pula, projek ini juga bertujuan untuk memaksimumkan perkhidmatan sampah dan menjimatkan kos tanggungan unversiti.
Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama di antaraa Kampus Sejahtera dan Jabatan Pembangunan sebagai langkah untuk mewujudkan kampus “zero waste” dan meningkatkan tahap pengurusan di USM supaya lebih baik. Di dalam USM terdapat lebih 300 tempat pungutan sampah dan akan dikecilkan kepada 83 point pungutan sampah secara tidak langsung memaksimumkan penggunaan lori sampah dan menjimatkan kos serta mengatasi masalah kesesakan.
Impak projek ini adalah pihak USM mampu memaksimumkan perkhidmatan pengangkutan sampah disamping menjimatkan kos pengurusan sampah. Tambahan pula ia akan mengurangkan kesesakan dalam USM dan akan mengindahkan kampus terutamanya permandangan dan persekitaran kampus.