Program Super Duper Container adalah merupakan salah satu program yang telah dilaksanakan oleh kampus sejahtera bagi memberikan pendidikan kepada pelajar USM tentang amalan penggunaan plastik dan polystyrene dalam kehidupan seharian seterusnya secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan bekas makanan pakai buang.
Modus operandi program ini adalah membawa bekas makanan sendiri ke kafetaria Fajar Harapan untuk membeli makanan. Kemudian, ia menjadi sebuah gelombang pengunaan bekas makanan sendiri yang secara tidak langsung mendorong pelajar lain untuk turut serta untuk mengunakan bekas sendiri dalam membeli makanan. Amalan pengunaan bekas sendiri mampu mengurangkan penghasilan sisa sampah ke tapak pelupusan.
Impak yang dapat di perolehi oleh program ini adalah mendorong warga kampus untuk bersama-sama menjadikan bekas sendiri sebagai alat untuk menjamu selera seterusnya membentuk sebuah budaya kelestarian dalam kehidupan seharian.Program super duper container adalah merupakan salah satu program yang merintis kebudayaan kelestarian dalam kalangan mahasiswa dan kemudiannya boleh dipraktikkan di dunia luar.