Sekretariat Kampus Sejahtera telah melancarkan Program Kaji Selidik Mengenai Amalan Berbasikal didalam kampus yang dilakukan secara online dan telah mendapat liputan di Berita Kampus. Usaha ini telah dijalankan oleh Kluster Penyelidikan Sekretariat Kampus Sejahtera yang telah diketuai oleh saudara Hamzah.Keseluruhan penyertaan kaji selidik adalah seramai 573 penyertaan. Seramai 449 responden mengatakan bahawa mereka berminat untuk menjadikan basikal sebagai kenderaan altenatif yang telah membawa kepada 79 peratus. Selain itu , menurut kaji selidik sebanyak 55 peratus yang tidak berkemampuan untuk memiliki basikal sendiri yang menyebabkan mereka terpaksa mengunakan kemudahan yang ada. Menurut Ketua Kluster, kaji selidik yang dijalankan adalah kerana beliau melihat kemudahan bas yang disediakan tidak memenuhi keperluan secara keseluruhannya. Selain itu, Sekretariat Kampus Sejahtera turut menjalankan program yang membawa kepada amalan berbasikal dalam kampus seperti klinik basikal yang memberi input kepada pelajar tentang pengunaan basikal yang baik.Klinik ini telah memberikan input secara teori dan juga secara praktikal pengunaan basikal yang baik.Dalam menerapkan amalan berbasikal sebagai gaya hidup sihat dalam kalangan warga USM, Sekretariat Kampus Sejahtera telah berusaha untuk mengadakan yang berkaitan.