Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek, hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersial. Di Negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.
Gambarajah Hidrponik Kaedah Dutch Bucket
hidroponik dikenali juga dengan nama hidrokultur
APA ITU HIDROKULTUR?
Hidrokultur (kadang-kala dipanggil budidaya hidroponik atau budaya kultur) ia adalah sistem penanaman tanpa menggunakan tanah tetapi membolehkan pokok tanaman hidup di dalam air. Ianya biasanya digunakan untuk tanaman di dalam rumah atau di pejabat. Hidrokultur amat mudah dijaga berbanding dengan tanaman yang ditanam di atas tanah. Pada masa yang sama, ianya memberi jaminan kesihatan udara yang lebih baik di samping kecantikan di dalam kawasan tertutup. Ini adalah kerana penanaman hidrokultur memberi kelebihan kepada tumbesaran tanaman.
Perkataan hidrokultur adalah meliputi kepada hidroponik seperti yang diamalkan untuk tanaman hiasan yang lain. Di negara eropah, kaedah ini telah digunakan secara meluas. Ianya juga dikenali sebagai sistem hidroponik pasif. Tanaman tropika boleh membesar dengan baik dalam sistem ini termasuk juga tanaman yang lain. Dalam sistem hidrokultur, tanaman menunjukkan tumbesaran daripada air dan garam mineral yang terdapat dalam air sebagai asas untuk tumbesaran.
MENGAPA HIDROKULTUR PENTING?
TAHUKAH ANDA?
Berdasarkan kajian NASA, Kebanyakkan bangunan sekarang menyumbang kepada sindrom bangunan sakit (sick building syndrome)
Kajian yang dilakukan oleh NASA ini menunjukkan bahawa kebanyakkan bangunan sekarang ini menyumbang ke arah bangunan sakit yang disebabkan oleh pokok plastik, barangan elektrik, dan elektronik kerana ianya mengeluarkan bahan kimia seperti formaldehyde, carbon dioxide. Ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.
Tanaman hidrokultur meningkatkan kualiti udara di dalam rumah anda. Analisis yang dilakukan dari universiti dan NASA menunjukkan bahawa udara di dalam bilik 30 meter persegi boleh dibersihkan dengan 3-6 pokok hidrokultur sebagai pembersih udara semulajadi (1-2 pokok untuk bilik bersaiz 100 kaki.