Kampus Sejahtera diberikan peluang untuk memberikan taklimat semasa pelajar baru memasuki USM. Oleh itu, pihak Kampus Sejahtera mengambil peluang untuk mengkaji tahap pengetahuanpelajar baru tentang kelestarian. Projek ini melibatkan 30 orang sukarelawan pelajar Kampus Sejahtera manakala, responden ialah semua pelajar tahun 1.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis tahap kefahaman terhadap kelestarian disamping mengumpulkan maklumat pelajar untuk perlaksanaan program yang berkaitan kelestarian. Hasil daripada kaji selidik ini adalah data tentang pelajar baru. Data yang di kumpulkan ini akan memudahkan Kampus Sejahter untuk merangka program kelestarian selain perancangan program dapat dilaksanakan berlandaskan kriteria kumpulan sasaran.