Program “Learning By Doing Workshop On Green Activities” di anjurkan adalah untuk memberikan pendidikan tentang amalan kelestarian dalam kehidupan seharian dan seterusnya memberikan kesedaran betapa pentingnya amalan kelestarian kepada manusia sejagat.
Pelbagai aktiviti dan program telah di jalankan oleh pelajar USM dan sekolah, sebagai contoh pada 26 Oktober telah diadakan Learning by doing Workshop on Green Activities di Sekolah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam. Penyertaan seramai 30 orang Sukarelawan Kampus Sejahtera telah terlibat dalam memberikan pendidikan kepada masyarakat luar.
Kesannya, kita telah memberi kesedaran akan kepentingan amalan kelestarian dalam kehidupan seharian termasuklah masyarakat luar seperti pelajar sekolah. Dengan itu pelajar mula sedar tentang kepentingan amalan kelestarian. Secara tidak langsung kita dapat mengembangkan lagi amalan kelestarian kepada semua lapisan masyarakat.