Labu sayong ialah sejenis tembikar bernama labu yang berwarna hitam berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Demi memelihara warisan, Sukarelawan Kampus Sejahtera telah mengambil inisiatif untuk melawat dan mempelajari cara untuk membuat labu sayong. Lawatan ini telah disertai oleh 40 orang Sukarelawan Kampus Sejahtera. Para sukarelawan telah diberi taklimat ringkas mengenai sejarah dan cara-cara untuk membuat labu sayong. Terdapat dua cara untuk membuat labu sayong iaitu dengan cara tradisional dan moden. Para sukarelawan juga telah diberi peluang untuk merasai sendiri untuk membuat labu sayong tersebut.