KOMPOS SISA TANAMAN
Untuk melakukan kompos, anda perlu melakukannya seperti membuat sandwich. Lapisan pertama dibawah sekali adalah lapisan daun kering dan ranting-ranting kayu. Seterusnya adalah lapisan daun hijau. Lapisan-lapisan ini berselang seli bergantung berapa banyak sumber daun hijau dan daun kering yang anda ada.Setiap selingan, disiram dengan `magic water`. Kebiasaannya `magic water` ini merupakan bancuhan air dan tinja lembu. Namun begitu, sekiranya tiada sumber tinja lembu, air bancuhan tersebut boleh digantikan dengan bancuhan yogurt yang diperam selama 2-3 hari atau bancuhan air gula merah beserta sisa buah-buahan yang diperap 2-3
Selepas sebulan, medium kompos tersebut diterbalikkan untuk memastikan medium kompos tersebut terurai dengan sekata. Selepas media kompos tersebut terurai sepenuhnya dalam masa 2bulan, kompos tersebut sudah boleh digunakan untuk tanaman-tanaman.