Expo Konvokesyen dilaksanakan dalam USM setiap tahun. Semasa Expo ini berlangsung, banyak penggerai-penggerai dijemput untuk memeriahkan lagi expo ini. Namun begitu, kebanyakan barang yang dijual oleh penggerai menggunakan plastik untuk membungkus makanan. Oleh itu, Kampus Sejahtera mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen pengurangan plastik. Kempen ini melibatkan 40 orang sukarelawan Kampus Sejahtera.
Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kampus. Selain itu juga, untuk mempromosikan program kelestarian dan amalan kelestarian kepada pengunjung, penggerai dan pelajar USM.
Impak kempen ini dilaksanakan adalah, warga kampus dan para pelajar semakin mengenali Kampus Sejahtera. Selain itu juga, amalan kelestarian yang menjadi agenda universiti dapat dikongsikan kepada warga kampus dan masyarakat luar kampus.