Sempena konvokesyen yang telah berlangsung di USM, Sukarelawan Kampus Sejahtera telah mengambil inisiatif dalam mencorakkan pemikiran warga kampus semasa berada Di Tapak Konvokesyen untuk mengamalkan gaya hidup lestari iaitu mengurangkan pengunaan plastik dan mengamalkan amalan kitar semula.Oleh itu,Skuad Kempen Kampus Sejahtera telah melaksanakan kempen di tapak konvokesyen yang melibatkan seluruh masyarakat yang berkunjung dengan harapan dapat memberikan kesedaran kepada semua akan kepentingan mengamalkan gaya hidup lestari dan seterusnya menyampaikan mesej zero waste persekitaran USM.
27 Jan2014