Penggunaan kertas adalah perakara biasa di pejabat-pejabat mahupun dalam kalangan pelajar. Disebabkan permintaan dan penggunaan kertas semakin tinggi, Kampus Sejahtera telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Kempen Pengurangan Kertas. Kempen ini melibatan pihak Kampus Sejahtera, CGSS dan pelajar yang terlibat dalam kempen.
Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan penggunaan kertas dalam kampus disamping menerapkan budaya fikir dulu sebelum cetak. Tambahan pula, kempen ini turut mempromosi program kelestarian dan amalan kelestarian kepada warga kampus.
Program ini telah dilancarkan oleh Naib Canselor USM. Satu sidang media telah diadakan untuk memperkenalkan Kampus Sejahtera. Kempen ini diperkukuhkan lagi dengan mengadakan pameran, speaker corner, jualan dan lain-lain. Tambahan pula, ceramah berkenaan kelestarian turut juga diadakan yang disampaikan oleh wakil CGSS.
Kempen ini membuatkan warga kampus dan pelajar mula mengenali Kampus Sejahtera disamping amalan kelestarian yang menjadi agenda university dapat dikongsikan kepada warga kampus.