Kluster Dokumentasi Sekretariat Kampus Sejahtera telah melaksanakan program Kempen Penggunaan Eco Beg di pasar malam Sungai Dua USM. Program ini telah berjalan dengan penyertaan ahli jawatankuasa seramai 40 orang dan sasarannya adalah masyarakat luar iaitu pengunjung pasar malam malam. Modus operandi kempen ini dilaksanakan dalam bentuk berkumpulan dan bersemuka untuk memberikan keterangan akan kepentingan pengunaan beg ecobag dalam kehidupan seharian .
Tujuan kempen ini di laksanakan adalah untuk menerapkan budaya lestari dalam masyarakat tentang pengunaan eco bag dalam kehidupan seharian.Secara tidak langsung kempen ini mampu memupuk sikap sayang terhadap alam sekitar dan seterusnya mahasiswa yang terlibat dalam kempen telah melaksanakan tangungungjawab sosial iaitu pengkongsian maklumat tentang kepentingan eco bag dan kesan pengunaan plastik terhadap masa hadapan.
Kempen penggunaan eco beg di pasar malam memberikan impak yang besar tehadap masyarakat luar kerana ahli jawatan kuasa telah memberikan pengetahuan akan kepentingan pengunaan eco beg dan kesan buruk pengunaan beg plastik. Seterusnya, mampu memberikan pendidikan dan membentuk budaya lestari dalam diri masyarakat tersebut.