Pada bulan Jun 2013, keadaan berjerebu telah dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan semakin hari, keadaan berjerebu bertambah teruk. Bahkan kualiti udara menghampiri tahap tidak sihat.Peka dengan situasi ini, Kampus Sejahtera telah melaksanakan Kempen Topeng Jerebu dan Penjagaan Kesihatan.
Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kesedaran tentang bahayanya jerebu terhadap tubuh badan. Selain ini kempen ini dilaksanan untuk menggalakkan warga USM untuk menjaga kesihatan dan berhati-hati dengan jerebu serta menggalakkan mereka untuk memakai topeng jerebu untuk perlindungan diri.
Kampus Sejahtera mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen pemaikaian topeng muka dan penjagaan kesihatan semasa jerebu melanda kampus. Sebanyak 1000 keping topeng telah di edarkan di dalam kampus iaitu setiap pintu masuk dalam USM. Projek ini melibatkan kerjasama staf dan pelajar. Seramai 80 orang yang terlibat dalam kempen ini. Antaranya ialah, sukarelawan kampus sejahtera, sukarelawan staf (USMarteam), Jabatan Pembangunan, Jabatan Keselamatan, Pejabat Pendaftar, Pusat Sejahtera, Majlis Perwakilan Pelajar USM.
Kempen ini berjaya memberikan kesedaran kepada warga kampus tentang bahaya jerebu terhadap badan manusia. Bahkan warga kampus lebih peka dan mengamalkan amalan yang sihat untuk menghadapi jerebu yang melanda.