Kem Lestari telah diadakan pada 2 dan 3 November 2013. Kem ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi pengetahuan Sukarelawan Kampus Sejahtera mengenai kelestarian di samping mengeratkan lagi hubungan sesama sukarelawan. Seramai 40 orang sukarelawan dan 3 orang pegawai yang terlibat dalam kem ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kem tersebut adalah berbentuk santai di mana semua sukarelawan bebas untuk memberi idea atau pandangan sepanjang kem tersebut. Selain itu, sukarelawan juga telah melawat Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu. Sukarelawan telah diberi taklimat ringkas mengenai penyu dan pemeliharaannya.