Program kem kelestarian alam telah dianjurkan oleh Kampus Sejahtera bertempat di Pantai Kerachut adalah bertujuan Mewujudkan rasa sayang alam sekitar dalam diri pelajar. Selain itu, dalam kem ini juga peserta mendapat pengetahuan tentang hidupan laut di samping mengeratkan hubungan sesama ahli .
Modus operandi dalam pelaksanaan kem ini adalah bersifat santai namun ia mempunyai pengisian yang mendalam seperti ice breaking yang diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli. Perbincangan turut diadakan untuk menjana idea tentang program kelestarian yang mampu memberikan kesan yang tinggi terhadap warga kampus dalam proses mengwujudkan persekitaran lestari. Pengkongsian terhadap pelaksanaan program juga merupakan salah satu agenda penting dalam memastikan ahli Kampus Sejahtera melaksanakan program dengan lebih baik.
Impak yang diperolehi peserta adalah telah mempunyai pengetahuan tentang kehidupan laut dengan lebih mendalam. Ahli kampus sejahtera juga mendapat semangat yang baru untuk melaksanakan program-program yang akan datang kerana mereka memiliki pengetahuan baru akan kelemahan mereka dalam menguruskan program kampus sejahtera