Kebanyakan pokok di dalam USM mempunyai papan tanda yang memaparkan nama pokok dan nama sepsis pokok tersebut. Namun begitu, papan tanda tersebut tidak diselenggara dan tidak dipantau. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti papan tanda nama pokok yang telah rosak. Selain itu, pihak Kampus Sejahtera juga mengenalpasti papan tanda nama pokok yang terlingdung dan tidak sesuai. Kajian ini melibatkan 6 orang pembantu penyelidik Kampus Sejahtera.
Kajian ini dilaksanakan dengam membuat pemantauan ke atas semua pokok-pokok yang terdapat dalam USM. Semua papan tanda yang telah rosak,patah,pudar, terlindung dan tidak sesuai dikenalpasti dan direkodkan oleh pembantu penyelidik Kampus Sejahtera. Dapatan hasil kajian yang diperoleh diberikan kepada Eco Hub untuk tindakan selanjutnya.
Kesan daripada kajian ini adalah, papan tanda yang rosak akan diperbaiki. Papan tanda yang telah diperbaiki akan memudahkan untuk warga kampus kenal pokok yang ada dalam kampus serta audit data pokok dapat dilakukan.