Kajian lumut ini telah dilaksanakan oleh beberapa peserta dalam menguna semula alam semula jadi untuk kegunaan harian mahupun aktiviti kesenian. Tujuan program ini dilaksanakan adalah kerana untuk Menghasilkan karya seni dari tumbuhan hijau parasit. Seterusnya, Menghijaukan kampus dengan karya seni semulajadi.
Oleh itu, beberapa orang pelajar telah menghasilkan karya seni daripada sumber lumut yang tumbuh di tepi longkang ,dan ditukarkan kepada hasil seni hijau yang mampu mengubah persekitaran kepada persekitaran yang lestari.Penyertaan ini melibatkan 10 orang Sektretariat Kampus Sejahtera. Hasil daripada kajian lumut ini peserta dapat menerokai guna semula alam semula jadi untuk kegunaan kesenian yang mampu mengubah persekitaran. Selain tu , kajian lumut ini juga telah memberi satu titik permulaan untuk para pelajar melaksanakan kajian yang berasaskan kelestarian.
27 Feb2014