Universiti Sains Malaysia mempunyai sebanyak 1899 buah tandas. Namun begitu kualiti kemudahan tandas yang disediakan tidak pernah dikaji dan diteliti. Oleh itu, pihak Kampus Sejahtera telah mengambik inisiatif untuk melakukan kajian kualiti tandas di USM. Kajian kualiti tandas ini melibatkan 6 orang pembantu penyelidik Kampus Sejahtera.
Kajian di buat melibatkan semua tandas dalam kampus induk dan hasil keputusan tandas di berikan bintang dan surat makluman telah di keluarkan kepada pihak berkenaan tentang tahap kualiti tandas bangunan masing-masing.
Impak kajian ini adalah, ia memberi kesedaran dan maklumat keada warga kampus mengenai tahap kualiti tandas. Selain itu juga, tandas yang mempunyai kualiti yang teruk dimaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memperbaiki kualiti tandas tersebut.