Universiti Sains Malaysia mempunya banyak papan tanda yang menunjukkan arah untuk kegunaan pelajar, pelawat mahupun orang luar yang memasuki USM. Namun begitu, tidak semua papan tanda dalam keadaan yang baik. Oleh itu, pihak Kampus Sejahtera telah mengadakan kajian kefungsian/kerosakan papan tanda dalam usm. Hasil kajian yang dilaksanakan boelh digunakan oleh university untuk tindakan yang selanjutnya.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti kerosakkan papan tanda dalam kampus dan papan tanda yang mempunyai tanda arah yang tidak tepat. Selain itu juga, ia dapat membantu university dalam melihat masalah yang mikro dalam kampus. Hasil daripada kajian ini, papan tanda yang rosak di baik pulih dan semua papan tanda yang mempunyai arah yang tidak tepat di selenggarakan semula.