Program Kaji selidik tentang bilangan pelajar USM yang menggunakan basikal sebagai pengangkutan telah dijalankan di kampus.Tujuan kaji selidik ini adalah untuk mengkaji bilangan pelajar yang menjadikan basikal sebagai altenatif kedua sebagai pengangkutan .Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan mengkaji akan keperluan pusat perkhidmatan atau jualan basikal dalam kampus. Secara tidak langsung, Kampus Sejahtera dapat mengumpul data setelah mendapat maklumbalas daripada pelajar tentang penggunaan basikal dalam kampus.
Penyelidikan secara online dilaksanakan melalui laman Kampus Sejahtera untuk memudahkan pelajar mengisi soal selidik dan penerimaan maklumbalas adalah pantas.Setelah mendapat maklumbalas sistem akan proses data maklumbalas untuk di analisis.Soal selidik ini, boleh dijadikan salah satu panduan dalam melaksanakan program untuk mengalakkan pelajar berbasikal di dalam kampus .Hasil penyertaan soal selidik daripada warga kampus adalah seramai 573 orang sahaja.Hasil penyelidikkan telah menyatakan ramai yang memilih untuk mengunakan basikal dalam kampus.Oleh itu, cadangan awal adalah untuk mengwujudkan pusat khidmat basikal dalam kampus .Selain itu,pengunaan sistem online dalam kaji selidik ini adalah perintis dalam pengurangan kertas untuk membuat kaji selidik .