Jom jimat kertas adalah sebuah kempen yang telah dilancarkan oleh Sukarelawan Kampus Sejahtera dalam memberikan pendidikan kepada warga kampus akan kepentingan perjimatan kertas. Hal ini demikian kerana, kertas diperbuat daripada sumber alam sekitar yang penting iaitu pokok yang menjadi lapisan utama bumi dalam mengelakkan pemanasan global. Oleh itu, matlamat penganjuran program ini adalah memberikan kesedaran kepada warga kampus akan kepentingan perjimatan kertas dalam kehidupan seperti guna semula, kertas kitar semula, dan sebagainya. Secara tidak langsung ia memberikan sumbangan kepada penjagaan alam sekitar pada peringkat global . Modus operandi yang digunakan oleh skuad kempen adalah membuka kaunter derma kertas dan kertas tersebut diguna semula seperti membuat buku catatan, origami dan sebagainya.Seterusnya kempen telah dilaksanakan di DK foyer dengan pelbagai aktiviti yang menarik
27 Jan2014