Pulau Pinang, 16 June 2013, Pihak Kampus Sejahtera, USMart, MPP USM, bersama-sama staf dan sukarelawan pelajar telah mengedarkan risalah Panduan Kesihatan Menghadapi Jerebu dan mask percuma kepada warga kampus. Aktiviti tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dan selesai pada jam 8.30 pagi. Pengedaran risalah dan mask tersebut dilakukakan disetiap pintu masuk USM dan juga di jejantas RST. Program tersebut dilaksanakan berdasarkan keprihatinan pihak universiti terhadap tahap kesihatan warga kampus dan sebagai salah satu langkah untuk mencegah kesan buruk terhadap kesihatan.
Naib Censelor USM, Dato Omar Osman, Prof Syukri, pendaftar, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Pembangunan telah turut serta mengedarkan risalah dan mask tersebut kepada warga kampus yang masuk ke dalam universiti. Sebanyak tiga ribu mask dan risalah telah diedarkan kepada warga kampus dalam program tersebut. Pihak Kampus Sejahtera berharap melalui program ini dapat mewujudkan kesedaran terhadap warga kampus agar menjaga kesihatan dan mengurangkan aktiviti luar sepanjang tempoh jerebu tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada warga kampus yang terdiri daripada para pelajar dan staf. Walaupun sibuk dengan tugas masing-masing dan kesibukan dalam minggu peperiksaan ini mereka masih ingin turun membantu dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Bersama-sama kita menjayakan usaha melestarikan kampus kita yang tercinta.