Program ini adalah merupakan salah satu program yang dijalankan di rumah anak yatim sekitar Pulau Pinang yang disertai oleh 12 orang pelajar. Di samping melaksanakan aktiviti kebajikan mereka juga turut menyampaikan mesej kelestarian kepada anak-anak rumah yatim.
Kaedah pelaksanaan program adalah berbentuk menceriakan rumah anak yatim dengan kehijauan seperti aktiviti menanam pokok, gotong royong dan sebagainya. Pada masa yang sama mereka juga turut mendekati anak-anak yatim seterusnya memberikan semangat kepada mereka. Anak-anak yatim yang bersama dalam program ini adalah sekitar umur 5-9 tahun.
Impak melalui program ini adalah dapat memupuk rasa tangungjawab terhadap persekitaran dalam kalangan anak-anak yatim melalui aktivit- aktiviti kelestarian dan seterusnya menyemaikan perasaan cinta terhadap alam sekitar.