Dalam program gardening save money adalah merupakan salah satu program yang telah mempekenalkan penanaman lestari iaitu menghasilkan tanaman dengan mengunakan barangan yang terpakai. Dalam program ini pelajar digalakkan untuk melaksanakan amalan penanaman dalam kehidupan seharian dan secara tidak lansung menjimatkan sumber yang sedia ada.
Oleh itu, peserta telah digalakkan dengan amalan penanaman seperti melaksanakan penanaman menggunakan botol terbuang. Penanaman ini merupakan kaedah yang menjimatkan ruang kerana pengunaan botol dan ia boleh di letakkan dimana-mana contohnya di bangunan-bangunan. Penyertaan permulaan projek ini adalah seramai 20 orang dan seterusnya akan menghijaukan keseluruhan kampus.
Impak yang diperolehi melalui program ini adalah memupuk amalan pertanian secara moden di samping melestarikan keseluruhan kampus. Selain itu, mahasiswa juga mampu menjimatkan pengunaan sumber yang sedia ada seterusnya membudayakan kelestarian dalam kehidupan seharian.