Program Explorasi Lestari kampus salah satu program Sekretariat Kampus Sejahtera dalam memberikan kesedaran kepada warga kampus akan kepentingan udara.Tujuan program ini adalah untuk menyedarkan warga kampus akan kesan buruk asap kenderaan yang menyebabkan cuaca menjadi panas.Oleh itu, berbasikal adalah inisiatif program ini dalam mengalakkan warga kampus untuk mengurangkan percemaran udara dan seterusnya membentuk budaya lestari.
Modus operandi dalam program ini adalah megumpulkan peserta untuk melaksanakan program berbasikal dua minggu sekali mengelilingi kampus dalam memberikan kesedaran kepada warga kampus akan kepentingan menjaga udara yang bersih dengan mengurangkan kenderaan berenjin. Selain itu, terdapat juga dalam kumpulan kecil yang akan berbasikal pada setiap petang sebagai tanda sokongan.
Impak kepada warga kampus melalui program ini adalah mampu memupuk perasaan cintakan alam sekitar dalam kalangan warga kampus kerana kita memberikan pendedahan akan keburukan pencemaran udara kepada diri dan juga masyarakat setempat. Modus operandi yang kita jalankan juga mampu memberikan satu cetusan budaya berbasikal dalam kalangan warga kampus khusunya mahasiswa.