Kemajuan teknologi menghasilkan barangan elektrik dan elektronik (E&E) menyumbang kepada peningkatan penggunaannya terutama di rumah. Ini termasuklah penggunaan barangan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan peti sejuk.
Barangan E&E akan menjadi luruh atau rosak dalam suatu tempoh yang lama dan dalam masa yang sama model baru diperkenalkan di pasaran. Dengan itu maka terhasillah buangan E&E apabila penggunaan barangan elektronik tidak boleh digunakan lagi atau lebih dikenali sebagai “e-waste”.
“e-waste” menjadi masalah apabila ianya tidak diurus dengan baik dan selamat kerana ‘e-waste’ mengandungi bahan-bahan toksik antaranya plumbum, raksa, arsenic, cadmium, selenium, kromium dan penebat api. Untuk mengatasi masalah pencemaran ini, langkah pencegahan dan kawalan hendaklah dibuat bagi mengurus ‘e-waste’ dengan sempurna mengikut amalan-amalan mesra alam. Antaranya:
$11. Membeli bila perlu sahaja atau menukar yang lama apabila membeli yang baru.
$12. Memanjangkan jangka hayat penggunaan barang-barang tersebut dengan servis berkala serta membaiki barangan E&E yang telah rosak supaya boleh diguna semula dan mengembalikan E&E yang lusuh kepada penjual.
$13. Asingkan ‘e-waste’ dari sampah domestik biasa.