Program Concretre Treasure Hunt adalah merupakan program anjuran Kluster Marketing Sukarelawan Kampus Sejahtera yang melaksanakannya di sekitar kampus. Tenaga pengerak bagi program ini adalah seramai 30 orang dan mendapat penyertaan seramai 60 orang perserta dan dibahagikan kepada 10 kumpulan.
Kaedah perlaksanaan program adalah tugasan yang setiap kumpulan perlu harungi untuk ke checkpoint seterusnya. Setiap perhentian mempunyai aktiviti yang tersendiri iaitu berteraskan kelestarian yang merangkumi tema iaitu Perjimatan Air, Guna Semula, Gaya Hidup Sihat, dan sebagainya. Walau bagaimanapun kaedah pernilaian adalah bebeza iaitu mereka dinilai di perhentian terakhir iaitu mencipta barangan yang boleh digunakan dengan mengunakan barangan yang terpakai yang didapatkan melalui tugasan mereka di setiap checkpoint
Impak program ini adalah memberikan peluang untuk para pelajar mengaplikasikan kelestarian di setiap perhentian dan membawa mereka kepada pemikiran kreatif dengan mengunakan bahan terpakai untuk menghasil barangan yang boleh digunakan