1- Sama ada anda menggunakan baja organik atau baja kimia, pastikan kuantiti baja tidak terlalu berlebihan atau kurang. Jika anda membaja sebulan sekali kuantiti tersebut perlu dilebihkan berbanding melakukan pembajaan dua minggu sekali. Anda juga haruslah mengetahui keperluan pembajaan iaitu baja tersebut dikhaskan untuk daun, bunga atau gabungan kedua-duanya sekali iaitu bunga dan daun.
2 - Baja terdapat dalam pelbagai jenis antaranya berbentuk butir, hablur atau cecair. Jika anda menggunakan baja berbentuk butiran kaedah paling sesuai adalah cara menabur. Ia antara teknik paling mudah diaplikasikan cuma anda perlu berhatihati ketika menabur dikhuatiri anda menyelak ranting dan daun secara kasar serta menyebabkan ia patah. Selak secara cermat dan tabur pada bahagian tepi mengelilingi pangkal pokok.
3. Setelah ditabur, gembur tanah tersebut agar tanah dan baja bergaul serta untuk memperbaiki tekstur dan pengudaraan tanah.
4 - Akhir sekali, lakukan siraman setelah selesai proses pembajaan bertujuan membekalkan air kepada pokok serta mengekalkan kelembapan secukupnya.
14 Feb2014