Budaya USM merupakan salah satu program sukarelawan Sekretariat Kampus Sejahtera dalam membentuk satu budaya yang seiring dengan visi dan misi USM seterusnya melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat di luar. Oleh itu, budaya kesukarelawan adalah merupakan salah satu budaya yang diutamakan dalam program ini dalam mendidik warga kampus bertangungjawab dengan keadaan sekeliling. Program ini juga, secara tidak langsung menyemai rasa sense of belonging dalam kalangan warga kampus khusunya melibatkan persekitaran kampus. Dalam aspek penyertaan peserta dalam program ini adalah seramai 50 orang termasuk persatuan dan Majlis Perwakilan Pelajar.
Modus operandi yang digunakan dalam menyemai budaya ini adalah melaksanakan gotong-royong membersihkan kampus seperti membersihkan iklan-iklan yang ditampal pada tempat yang telah mencemarkan suasana kampus contohnya di pondok–pondok bas. Selain itu, program ini turut menurunkan banner yang tamat tarikh di dalam kampus. Secara tidak langsung, pihak Kampus Sejahtera memberikan mesej akan tanggungjawab menurunkan banner setelah program tamat kepada persatuan dan kelab. Impak yang diperolehi dari program ini adalah Berjaya mengwujudkan satu budaya sukarelawan yang tinggi dalam diri mahasiswa yang akan membawa kepada persekitaran yang lestari. Selain itu , program ini juga memberikan kesedaran kepada mahasiswa akan tanggungjawab diri mereka dalam aspek kesukarelawan terhadap persekitaran kampus.