Bengkel kelestarian adalah satu program yang telah dianjurkan untuk merangka perancangan program-program yang akan dilaksanakan pada semester hadapan bagi mencapai matlamat Kampus Sejahtera. Oleh itu, bengkel ini telah dihadiri oleh Majlis Tertinggi Sekretariat Sukarelawan Kampus Sejahtera dan Ahli-Ahli Kluster untuk bersama-sama membincangkan program akan dilaksanakan di bawah kluster masing-masing pada semester hadapan.Selain itu,dalam bengkel ini turut memberikan penerangan kepada ahli kluster tentang standart of procedure yang perlu dipatuhi oleh semua ahli kluster dalam melaksanakan program-program supaya program bejalan dengan lancar. Selain itu dalam bengkel ini juga menetapkan program yang perlu diteruskan untuk semester hadapan kerana ia memberi impak yang berkesan kepada warga kampus seperti You Are Busted H20 Greenathon Kompos dan Kitar Semula .
27 Jan2014