Amalan penghijauan di persekitaran rumah bermaksud menanam pokok di persekitaran rumah sama ada di dalam atau di luar rumah. Kehijauan pokok-pokok dan bunga-bungaan selain dari mencantikkan kediaman rumah, ia juga turut menyumbang kepada udara yang segar. Suasana ini bukan sahaja merupakan amalan gaya hidup sihat bahkan dapat mendidik anak-anak mencintai alam sekitar. Mereka dapat mengetahui kepentingan tanaman hijau tersebut dan juga kelebihan pokok-pokok di letak di kawasan persekitaran rumah.
Selain daripada penanaman pokok-pokok hiasan di halaman rumah, masyarakat juga boleh menanam sayur-sayuran. Sayur-sayuran juga merupakan salah satu jenis tanaman hijau. Penanaman sayur-sayuran di rumah juga membolehkan kita mendapat sayuran segar hasil dari tanaman sendiri. Selain dari itu, amalan ini dapat meningkatkan kesedaran kita untuk menghargai bumi dan tanah dengan menjaga kawasan persekitaran dengan baik supaya tidak tercemar yang mengambil kira tanah sebagai sumber makanan.
Seterusnya, amalan menanam sayur juga dapat meningkatkan pendapatan kerana hasil tanaman tersebut dapat dijual kepada pengguna lain. Hal ini juga boleh membantu kita menjadi seorang peniaga yang berjaya.
Oleh itu, amalan penghijauan di kawasan persekitaran rumah adalah penting dan patut diamalkan oleh semua orang tidak kira usia.