Tujuan tayangan ini adalah untuk perbanyakkan medium pendidikan tentang kelestarian melalui tayangan filem. Dalam filem ini telah memberi kesedaran akan keburukan pembaziran makanan. Selepas tayangan tersebut satu diskusi pembaziran makanan akan di untuk mahasiswa lebih mendalami falsafah yang dibawa dari filem tersebut.
Terdapat pelbagai Intipati dalam video cloudy with a chance of meatballs yang boleh dijadikan sebagai input dan output oleh para peserta diantaranya adalah jangan bersikap tamak untuk kepentingan diri sendiri, dan jangan sesekali membazir makanan yang anda ada. Secara tidak langsung kita menerapkan sikap kelestarian dalam jiwa peserta melalui teladan dalam filem tersebut. Seramai 213 orang peserta telah menghadiri tayangan tersebut.
Kesan melalui program ini adalah memberikan pengetahuan yang mendalam tentang keburukan pembaziran makanan dalam kehidupan seharian melalui paparan filem dan juga diskusi yang diadakan. Selain itu, budaya kelestarian dapat diterapkan dalam diri peserta melalui kesepakatan dalam diskusi tersebut.