Let walk or cycle ialah sebuah program yang dianjurkan oleh Sukarelawan Kampus Sejahtera di dalam kampus. Program ini adalah merupakan sebuah program gaya hidup sihat yang telah mendorong warga kampus untuk berjalan kaki dan berbasikal seterusnya menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus. Pada masa yang sama, mereka turut melaksanakan kempen tanpa kenderaan yang seiring dengan program mereka iaitu mendorong berjalan kaki dan berbasikal
Kaedah pelaksanaan program adalah berbentuk kempen dalam beberapa hari menerusi alam maya dan juga realiti untuk mengalakkan warga kampus berjalan kaki dan berbasikal. Kemudian mereka juga telah menetapkan satu hari untuk berkumpul di kafe dan memakai baju berwarna hijau sebagai tanda sokongan kempen yang di jalankan.
Impak melalui program ini adalah memberikan kesedaran kepada warga kampus akan kepentingan gaya hidup sihat dan kesan kenderaan berenjin terhadap alam sekitar. Selain itu, kempen dan tanda sokongan akan memperlihatkan akan sokongan warga kampus terhadap kelestarian.