Sukarelawan Kampus Sejahtera telah melawat kilang perbuatan Labu Sayong dalam memahami khazanah warisan yang perlu dipelihara. Tenaga pengerak bagi program ini adalah seramai 10 orang dan mendapat penyertaan seramai 28 orang.
Lawatan telah diadakan di Kuala Kangsar Perak dan mereka telah menjalankan Bengkel Perbuatan Labu Sayong. Mereka juga berpeluang untuk mereka cipta Labu Sayong mengikut kretiviti masing-masing dan menyimpannya sebagai kenangan.
Impak melalui program ini adalah memberikan kesedaran akan kepentingan menjaga warisan tradisional yang pada hari ini semakin terhakis. Dengan lawatan ini kita dapat memberikan pembelajaran tentang kelestarian warisan yang perlu dipertahankan sehingga akhir zaman.