Program Photo Contest adalah merupakan program yang telah di anjurkan dalam memberikan kesedaran akan kepentingan kelestarian dan alam sekitar melalui grafik yang telah ditonjolkan oleh mahasiswa. Gambar peserta telah ditayangkan melalui halaman sosial iaitu Kampus Sejahtera.Penyertaan bagi program ini adalah seramai 180 0rang yang terlibat daripada ketiga-tiga kampus.
Kaedah pelaksanaan kempen ini adalah penayangan gambar melalui halaman sosial dan penilaian akan dibuat menerusi jumlah like yang terbanyak. Oleh itu, melalui kaedah ini secara tidak lansung para peserta akan kongsikan gambar tersebut di halaman sosial yang lain untuk mendapatkan kemenangan dan mereka juga akan menyampaikan mesej kelestarian kepada rakan-rakan yang lain.
Impak melalui program ini adalah dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat melalui gelombang pengkongsian gambar di halaman sosial yang telah dipromosikan oleh semua peserta.secara tidak langsung mesej kelestarian dapat diperluaskan kepada masyarakat umum.
27 Feb2014