Pada bulan September, Kampus Sejahtera telah menganjurkan Program Jom Sihat di mana program yang diadakan ini adalah satu program tentang amalan hidup sihat. Program ini dilaksanakan dengan melakukan aktiviti berbasikal dalam kampus sambil peserta diterangkan tentang persekitaran dalam kampus. Program ini disertai seramai 30 orang pelajar USM dimana majoritinya merupakan pelajar tahun pertama.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosikan amalan hidup sihat yang menjadi sebahagian amalan lestari. Selain itu, program ini juga mempekenalkan kepada pelajar baru tentang persekitaran USM disamping membina hubungan antara ahli Kampus Sejahtera.
Walaupun program yang dilaksanakan ini kecil, tetapi selepas dipromosikan, ramai pelajar yang berminat untuk turun berbasikal pada waktu petang. Tambahan pula, program sebegini mampu menjadi budaya amalan hidup sihat dalam kampus dan mampu mengeratkan hubungan pelajar tahun satu dengan Sekretariat Kampus Sejahtera.