Penggunaan bekas makanan sendiri adalah salah satu gaya hidup yang lestari. Para pelajar membawa bekas makanan sendiri ke cafeteria untuk membeli dan membungkus makanan. Amalan tersebut telah menjimat pencemaran alam sekitar kerana para pelajar tidak menggunakan bekas makanan plastik pakai buang serta boleh mengurangkan jumlah sampah. Program Super Duper Food Container telah dijalankan bagi menggalakkan para pelajar untuk membawa bekas makanan sendiri ke kafeteria. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan berharap agar amalan gaya hidup yang lestari ini dapat diteruskan dalam amalan seharian.