Tapaumania adalah merupakan salah satu program yang telah dilaksanakan oleh kampus sejahtera bagi memberikan pendidikan kepada pelajar USM tentang pentingnya amalan mengunakan bekas makanan sendiri (tapaware dalam kehidupan
Modus operandi program ini adalah membawa bekas makanan sendiri ke kafe yang ditetapkan untuk membeli makanan. Kemudian, ia menjadi sebuah gelombang pengunaan bekas makanan sendiri yang secara tidak langsung mendorong pelajar lain untuk turut serta untuk mengunakan bekas sendiri dalam membeli makanan.
Impak yang dapat di perolehi oleh program ini adalah mendorong warga kampus untuk bersama-sama menjadikan bekas sendiri sebagai alat untuk menjamu selera seterusnya membentuk sebuah budaya kelestarian dalam kehidupan seharian.