SITUASI terpaksa menyedut asap rokok daripada perokok pasti memeritkan bagi mereka yang tidak merokok.Ini kerana kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok adalah lebih bahaya jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok aktif.
Justeru, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif dengan mengisytiharkan kawasan kampusnya bebas rokok pada 1 Januari lepas. Pendekatan itu sejajar dengan status USM sebagai universiti Apex. Seiring itu, USM bukan sahaja bebas daripada pencemaran asap malah pengiklanan, promosi, penjualan dan sebarang penajaan membabitkan syarikat rokok.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Omar Osman berkata, pendekatan itu dapat memastikan warga USM menjauhi rokok sekali gus dapat mengelakkan implikasi buruk tembakau.
“USM akan memberikan komitmen dan sokongan kepada semua pihak untuk menjayakan matlamat ini termasuk menggunakan segala kepakaran yang ada,”