Pertandingan video ini adalah merupakan program yang dilaksanakan di halaman sosial dan telah mendapat 10 penyertaan daripada mahasiswa. Pelaksanaan pertandingan video ini adalah bertujuan untuk menyemaikan rasa cinta akan kelestarian melalui tayangan grafik. Hal ini demikian kerana pada zaman hari ini manusia dan halaman sosial tidak boleh dipisahkan dan ini adalah langkah untuk menyampaikan mesej kelestarian.
Penilaian video terbaik adalah berdasarkan undian di halaman sosial iaitu di halaman kampus sejahtera. Secara tidak lansung para peserta akan mempromosikan video mereka bagi mendapatkan undian tertinggi dan pada masa yang sama mereka akan menyampaikan mesej kelestarian kepada masyarakat.
Impak yang wujud menerusi program ini adalah dapat menyampaikan mesej kepada khalayak umum melalui halaman sosial tentang kelestarian dan menarik minat masyarakat melalui tayangan grafik yang menarik seterusnya memberikan kesedaran akan kepentingan kelestarian pada hari ini.