Pertandingan video kreatif yang telah dianjurkan oleh Sekretariat Sukarelawan Kampus Sejahtera adalah bertujuan untuk membawa pemikiran warga kampus ke alam kelestarian melalui tayangan grafik di mana ia telah memberikan mesej kelestarian yang berkesan kepada warga kampus melalui gabungan grafik dan keindahan persekitaran yang menjadi daya tarikan utama didalam video. Mesej yang telah dicipta menerusi video kreatif telah disebarkan ke dalam halaman sosial untuk mendapatkan undian tertinggi kerana ia adalah penentu kepada pemenang pertandingan ini . Secara tidak langsung para mahasiswa yang telah menyebarkan sendiri mesej kelestarian dan mahasiswa yang lain akan melihat video tersebut untuk menilai dan pada masa yang sama mereka menerima mesej kelestarian .
27 Jan2014