Pada bulan May 2013, Tasik Aman Damai telah mengalami bencana di mana alga telah tumbuh dengan banyaknya di dalam tasik. Alga adalah satu tumbuhan hijau dimana ia membiak dengan pantas akibat lebihan nutrisi di dalam air. Alga ini banyak menggunakan oksigen di dalam air dan menyebabkan ikan-ikan di dalam Tasik Aman Damai mati. Rentetetan daripada masalah ini, Sekretariat Kampus Sejahtera telah mengambil inisiatif menganjurkan Gotong Royong Tasik Aman. Program ini di laksanakan di bawah skuad bencana Sekretariat Kampus Sejahtera yang berperanan aktif dan cakna terhadap persekitaran dalam kampus. Warga kampus iaitu pelajar dan staf bergabung menyumbang tenaga menyelesaikan masalah ini.
Gotong royong ini bertujuan untuk mengembalikan keadaan tasik seperti sebelumnya. Selain itu,program gotong royong ini dapat menyemarakkaan semangat kesukarelawan warga kampus selain dapat mendidik warga kampus untuk lebih bertanggungjawab terhadap isu sekeliling. Tambahan pula ia mampu menyemai rasa “sense of belonging” dalam kalangan warga kampus. Program ini telah disertai oleh 121 orang perserta di mana para peserta terdiri daripada sukarelawan pelajar Kampus Sejahtera, sukarelawan staff (USMarteam) dan juga Jabatan Pembangunan.
Program Gotong Royong Tasik Aman ini berjaya memulih kembali air tasik, di mana tiada lagi ikan yang mati. Selain itu juga, pelbagai idea dan cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk memperbaiki dan mensejahterakan kawasan tasik. Bahkan, budaya kerjasama di antara pelajar dan staf dapat dimulakan serta nama Kampus Sejahtera mula dikenali.