Kampus Sejahtera turut cakna dengan persekitaran universiti dalam memastikan warga kampus berada dalam keadaan kondusif . Oleh itu , Kampus Sejahtera telah menjalankan kajian kefungsian dan kerosakan papan tanda di USM dalam memastikan kemudahan universiti yang tersedia masih boleh digunakan dengan baik tanpa memberikan sebarang ancaman kepada warga kampus. Berdasarkan data yang telah di ambil di persekitaran kampus telah menunjukkan bahawa kemudahan tiang dan papan tanda perlu diperbaiki demi keselamatan dan keselesaan warga kampus. Menerusi kajian telah terdapat tiga jenis data yang berbeza iaitu Tiang Senget , Papan Tanda Pudar dan juga Papan Tanda Terlindung Dari Parasit. Oleh itu , Kampus Sejahtera telah merangka satu kertas kerja untuk dihantar kepada pihak atasan supaya kemudahan tersebut dapat diperbaiki.