Tasik Aman dan Tasik Fajar adalah dibawah seliaan Kampus Sejahtera. Program Pembangunan Tasik ini dilaksanakan untuk menaiktaraf kemudahan tasik dan menjadikan tasik sebagai tumpuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat. Selain itu juga, program ini dilaksanakan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna dan pengunjung Tasik Aman dan Tasik Fajar. Projek ini melibatkan pihak Kampus Sejahtera dan Pihak Jabatan Pembangunan.
Antara perkara yang dilaksanakan adalah, menaiktaraf kemudahan tasik iaitu laluan air, papan tanda, kemudahan sukan dan kemudahan istirehat. Kesan daripada pembangunan tasik ini adalah, ia mampu menggalakkan kehadiran pengunjung kerana suasana tasik semakin bersih dan selesa. Oleh itu, ia akan menggalakkan lebih banyak aktiviti-aktiviti sihat dijalankan di sekitar tasik. Selain itu, para pengguna dapat menggunakan kemudahan baru yang disediakan.