Kebiasaannya sisa makanan yang dihasilkan dibuang ke tapak pelupusan. Namun begitu, sisa tersebut seperti dibazirkan kerana sisa tersebut masih boleh di proses. Peka tentang isu ini, Prof Fuad dari Usains telah mengambil langkah untuk menjalankan projek biogas dengan menggunakan sisa makanan.
Projek biogas ini adalah projek pertama yang ada di Malaysia iaitu prototaip pertama yang dibina dalam USM. Proses yang berlaku ialah sisa makanan dari setiap kafe di USM di proses kepada biogas dan biogas pula di tukar kepada eletrik yang mampu menjana tenaga eletrik untuk kegunaan sebanyak 46 biji rumah pada satu masa.
Projek biosgas ini mampu mengurangkan pengeluaran sisa makanan ke tapak pelupusan. Sumber-sumber makanan tersebut diproses untuk menghasilkan sumber yang baru dan boleh digunakan semula. Projek biogas ni juga menyokong program kampus “Zero Waste”. Bahkan projek ini juga mampu memberikan pendidikan kepada warga kampus tentang amalan kelestarian.
Dengan terwujudnya pusat biogas dalam USM, ia mampu membudayakan amalan kelestarian dalam pengurusan sampah dan mengurangkan pengeluaran sampah (sisa makanan/kantin/kafe) ke tapak pelupusan. Bahkan kompos yang terhasil daripada proses biogas ini boleh dipasarkan dan mampu menjana pendapatan sampingan. Bahkan ia menjimatkan perbelanjaan USM dalam pengurusan sampah dan elektrik dihasilkan mampu mengurangkan perbelanjaan USM untuk membayar bil elektrik.