Secara puratanya, Universiti Sains Malaysia menghasilakn 13 tan sampah dalam sehari. Untuk mengurangkan kos pengangkutan sampah dan mengurangkan sisa yang dilupuskan ke tapak pelupusan, Kampus Sejahtera telah melakukan projek kompos sisa tanaman di Tapak Kompos Minden.
Secara amnya, projek ini bertujuan untuk megurangkan pengeluaran sisa ke tapak pelupusan. Ia juga mampu menghasilkan sumber yang baru dan boleh digunakan semula. Projek ini juga merupakan satu projek yang menyokong program kampus “zero waste”. Bahkan ia juga memberi pendidikan kepada warga kampus tentang amalan kelestarian.
Projek yang dilaksanakan ini melibatkan kompos sisa tanaman (daun, rumput) dalam kampus yang dikumpulkan dan di kompos menjadi baja kompos. Projek kompos ini juga mampu menerapkan amalan kompos di kalangan pelajar USM kerana lawatan dan perkongsian ilmu secara berkala akan diadakan di tapak kompos. Projek ini juga mampu membuka peluang untuk dipasarkan ke luar USM.
Projek ini melibatkan 1 pembantu penyelidik untuk menyelenggara dan memantau tapak kompos. Projek ini juga melibatkan 1 pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Industri sebagai penasihat. Projek ini dilaksanakan oleh 20 orang sukarelawan kampus Sejahtera. Produk akhir iaitu baja kompos pula akan dipasarkan oleh Kelab SIFE USM.
Impak projek kompos sisa tanaman ini adalah, ia membudayakan amalan kelestarian dalam pengurusan sampah disamping mengurangkan pengeluaran sisa tanaman ke tapak pelupusan. Tambahan pula, peserta projek ini boleh memasarkan produk kompos yang telah dihasilkan dan ia juga sebahagian daripada usaha kearah “Zero Waste” kampus. Projek ini juga mengurangkan perbelanjaan tanggungan USM dalam pengurusan sampah.