Pihak Kampus Sejahtera telah menjalankan projek saliran air ke Tasik Harapan. Projek ini bertujuan untuk mewujudkan inflow dan outflow air tasik disamping memastikan air Tasik Harapan sentiasa bersih. Projek ini melibatkan pihak Kampus Sejahtera dan pihak Jabatan Pembangunan.
Projek ini dilaksanakan dengan membuat saluran air bawah tanah yang disalirkan dari belakang bangunan Eureka ke Tasik Fajar. Dengan membuat saluran air ini, ia mampu mengurangkan pencemaran dan bau air tasik disebabkan air Tasik Fajar tidak mengalir. Selain itu juga, projek ini dapat memastikan air tasik sentiasa bersih dan mensejahterakan tasik tersebut beserta semua hidupan di dalamnya.